Pemerindang Kitai


ComScore

Monday, December 19, 2011

Kejutan: Sabah & Sarawak Tuntut Kemerdekaan Keluar Dari Malaysia?


Apa akan jadi jika Sabah dan Sarawak menarik diri keluar daripada menjadi sebahagian daripada negara Malaysia seperti mana Singapura pada tahun 1965 dahulu. Jika kedua-dua negeri itu keluar Malaysia sudah pasti kehilangan banyak sumber alam yang selama ini mengkayakan ramai orang tertentu dan paling utama sekali Barisan Nasional akan kehilangan deposit simpanan tetapnya dalam menguasai kerusi Parlimen negara kita.

Saya ada mendapat email laporan yang ditulis di dalam Free Malaysia Today berkenaan usaha beberapa aktivis di Sabah dan Sarawak yang mendapatkan pertolongan daripada Pengerusi Hindu Ringht Action Force berpusat di London, P Waytha Moorthy bagi memfailkan permohonan mereka kepada PBB untuk memerdekakan Sabah dan Sarawak dari terus dibuli oleh Semenanjung.

Malangnya setelah saya klik kepada link asal artikel tersebut di FMT, ianya telah dibuang dan tidak disiarkan lagi. Setakat mana kebenaran laporan tersebut tidak dapat dipastikan tetapi ianya adalah sesuatu yang menarik untuk diberikan perhatian kerana ia bakal merubah landskap politik Malaysia dengan begitu besar sekali jika benar-benar usaha tersebut dilakukan.

Samada mereka berjaya atau tidak tidak ada sesiapa yang dapat menekanya. Sudah pasti ada ramai juga kumpulan lain yang bermati-matian mempertahankan gabungan Sabah, Sarawak dan Semenanjung atau alasan serta kepentingan tertentu.

No comments:

Post a Comment