Pemerindang Kitai


ComScore

Wednesday, April 6, 2011

Fakta Menarik...

Fakta menarik anda perlu tahu!!!


  • corek di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap jari manusia.
  • lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan kejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya oleh metador samada kain merah atau kuning.
  • epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu mudah bangun pagi.
  • menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan.
  • purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan.
  • Air Terjun Angel di Venezuela (America Selatan) yang tingginya 988.31 meter ialah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara.
  • separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di pergelangan tangan, buku lali, tangan, dan kaki.
  • litar motorsikal di Piccola Madonie di Sicily, Itali mempunya 9350 selekoh bagi pelumbanya.
  • otak manusia mempunyai 1000 juta sel. setiapnya bersambung kepada sekurang-kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi.
  • semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan akan pergi ke otak kerana keaktifan 10 000 000 000 sel saraf perlu dipelihara
  • berat otak manusia hanya dua peratus dari berat badan tetapi ia menggunakan 25 peratus oksigen yang disedut semasa berehat atau tidur.
  • setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat lima.
  • kilat boleh mencampurkan nitrogen dan oksigen dan menghasilkan 100 juta tan makanan tumbuhan (baja) setahun.
  • orang pertama yang menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari England (1367-1400). beliau membawa sekeping kain kecil yang digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya.
  • lidah dari paus biru berukuran lebih besar daripada seekor gajah dewasa.

No comments:

Post a Comment