Pemerindang Kitai


Wednesday, December 21, 2011
There are Reality that You need to Know...(part 3)
More Reality that u should know....
Never Betray ur love one..
Never do the thing same and same again..
True meaning of Friends..
My motivation
Forgiveness is most important
Love is Everything...lot things that u should understand...
truth of life...
Learn From the mistake, forget the darkness of past and move forward to the future , because there are thousand of brigthness waiting for you outside there...
There are Reality that You need to Know...(part 2)
The Reality of Life that u should Know....
Its Really True:-))
Hehehehe Ignore Me:-)
Moral: remember ur First date..
Real friends
Reality Of Life..
Facebook..
Friend that u need to know..
Its true:0))
because it hard to wake up in the morning..Try it..
Love is Everything..
Reality of alcohol...
There are more:-))
Tuesday, December 20, 2011
My Best Friend And Group Ever!!
sy bangga sangat sebab sy punya kawan baik dan memahami sy...mereka selalu membantu sy, walau saya susah atau senang ,mereka tetap ada...mereka adalah ( Eyma, Yone, TJ). mereka juga kawan dan group sy yang paling baik sekali..sy bersyukur kerana mereka>>>
There are Reality that You need to Know...(part 1)
what u can do is learn and understand it...Never Regret in your Life...
There are Fact...
Is it true???
Kasih dan Sayang
Rules Of Happiness
We always blame it when its ring...
~Moment of True~
The Best of Friends
Its True...
Today is My last class Lecture...
hi...hari ini sy nak kongsi pasal sy punya last kelas lecture...having fun today...pagi td sy ada kelas, test TQM, mmm pasal test , susah pula sy nak comment sebab sy tak jawab dengan baik tadi , tapi Janji sy dah buat yg terbaik...hehehehhe...cuma tugasan berat yg perlu sy pikul sekarang adalah siapkan IS sy....
start dari hari ini , adalah independent study untuk sy sendiri, dah tak da lagi lecture dalam kelas...dan misi sy sekarang adalah study untuk final...hehehehe...tapi sy percaya pada diri sy sendiri yg sy boleh...kerana itu rencana hidup sy....sebab hidup sy dah ditentukan utk bermula dari sini,dan apa yg perlu sy buat adalah usaha...
opssss...telupa pula...sy ada lagi 2 tugasan yg perlu sy buat sebelum sy melangkah ke final...pertama esok 22,12,2010 sy perlu hantar semua tugasan food styling dalam 1 cd dan hantar pada sir amizad, dan kedua dapatkan tandatangan dari advisor untuk KI....penting lepas tubaru la sy beleh rehat sepuas puas yg sy mahu....
SAYA PERCAYA SAYA BOLEH LAKUKAN YANG TERBAIK>>>>GOD BLESSS U LUCAS>>>
Art Of Food Styling....laugh
Love The Art Of Food Styling???Enjoy it...
Cooking Spoon:-)New Design of Apple Laptop
Beer Promotion:-)
KFC Package....
Sleeping Banana...
Sausage kill:-)
Vegetable man
Die Hard!!
New Born Baby:-)))
Creative Of Food styling!!:-)
Monday, December 19, 2011
Kejutan: Sabah & Sarawak Tuntut Kemerdekaan Keluar Dari Malaysia?
Apa akan jadi jika Sabah dan Sarawak menarik diri keluar daripada menjadi sebahagian daripada negara Malaysia seperti mana Singapura pada tahun 1965 dahulu. Jika kedua-dua negeri itu keluar Malaysia sudah pasti kehilangan banyak sumber alam yang selama ini mengkayakan ramai orang tertentu dan paling utama sekali Barisan Nasional akan kehilangan deposit simpanan tetapnya dalam menguasai kerusi Parlimen negara kita.
Saya ada mendapat email laporan yang ditulis di dalam Free Malaysia Today berkenaan usaha beberapa aktivis di Sabah dan Sarawak yang mendapatkan pertolongan daripada Pengerusi Hindu Ringht Action Force berpusat di London, P Waytha Moorthy bagi memfailkan permohonan mereka kepada PBB untuk memerdekakan Sabah dan Sarawak dari terus dibuli oleh Semenanjung.
Malangnya setelah saya klik kepada link asal artikel tersebut di FMT, ianya telah dibuang dan tidak disiarkan lagi. Setakat mana kebenaran laporan tersebut tidak dapat dipastikan tetapi ianya adalah sesuatu yang menarik untuk diberikan perhatian kerana ia bakal merubah landskap politik Malaysia dengan begitu besar sekali jika benar-benar usaha tersebut dilakukan.
Samada mereka berjaya atau tidak tidak ada sesiapa yang dapat menekanya. Sudah pasti ada ramai juga kumpulan lain yang bermati-matian mempertahankan gabungan Sabah, Sarawak dan Semenanjung atau alasan serta kepentingan tertentu.
Labels:
sabah sarawak
Location:Malaysia
Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
Gedik!!!gua pantang sangat la!!!
Gua pantang sangat la bila tengok perempuan gedik la....dah la muka bikin gua sakit hati...apa lg dgn perangai gedik!!!pantang gua tgk...ubah la sikit perangai tu...x plu la nak keep org punya attention...Gua tak minat la....dah la show off, nak tunjuk diri pula tu,...geram sungguh aku...knp??? kita dilahirkan dengan sifat yg sempurna, jadi gunalah perangai yg dikurniakan, dan jgn dibuat...meluat org tgk...jga personaliti diri...ingatlah, x semua lelaki suka perempuan gedik...
sekarang ko bagi ku 1 shit, then at last i will give u back 10 shit....sedarlah...jgan truskan cara begitu...kerana 1 hari nanti ko kan menyesal....umur kita tak selalunya muda...dan kita akan tua dan mati...gua ada cara gua sendiri, x plu tunjuk dengan gua....ok...behave urself...!!!
Sunday, December 18, 2011
Saturday, December 17, 2011
Wanita Terpendek Di Dunia Sebesar Bayi Empat Bulan
Labels: Berita Menarik, terkin

Jyoti Amge..18 Tahun
Seorang pelajar berbangsa India yang berasal dari Nagpur, India yang berketinggian hanya 62.8 sentimeter (kurang daripada dua kaki, satu inci) telah disahkan sebagai seorang wanita hidup terpendek di dunia dan dianugerahkan Rekod Dunia Guinness hari ini.
Jyoti Amge mengambil anugerah itu sempena menyambut ulang tahun ke 18 dengan keluarga dan rakan-rakan di bandar Nagpur, kira-kira 520 kilometer (320 batu) dari timur Mumbai di barat India.
Seorang pengadil rasmi untuk Guinness World Records, Rob Molloy berkata kepada kepada AFP: "Dia berketinggian hanya 62.8 sentimeter. Ketinggiannya diukur sebanyak tiga kali dalam tempoh 24 jam terakhir kerana ketinggian boleh berbeza-beza sedikit mengikut masa dalam sehari.
"Seorang doktor mengukur ketinggiannya sebanyak tiga kali pada waktu yang berbeza-beza dengan kehadiran kami sebagai saksi, dalam dua posisi secara berdiri dan berbaring. Kami mengambil purata dari ketiga-tiga ukuran. "
Amge, yang kini dikenali sebagai remaja terpendek di dunia, menangis kegembiraan ketika menerima anugerah itu sambil diperhatikan oleh bapanya, Kisan, 55, dan ibunya, Ranjana, 50.

Pengadil Rekod Dunia Guinness, Rob Molloy Bercakap Dengan Jyoti Amge
Remaja yang menerima anugerah itu dalam pakaian tradisional India iaitu sari, berkata: "Saya sangat gembira mendapatkan rekod ini."
Molloy berkata beliau berbesar hati menyaksikan rekod ini dicatatkan kerana ia merupakan satu simbolik dan salah satu anugerah popular.
"Saya bekerja di Guinness World Records selama lapan tahun, dan saya berasa cukup berbangga kerana diberi amanat untuk menyelia penganugerahan ini."tambah Molloy lagi.
Amge, mempunyai genetik "dwarfism" atau kekerdilan yang dipanggilachondroplasia menyebabkan pertumbuhan terbantut dan terhad kepada ketinggian purata bayi perempuan berusia empat bulan.
"Dia pernah menyatakan harapan untuk menjadi pelakon Bollywood," kata ayahnya.
"Pemegang rekod terdahulu wanita hidup yang terpendek di dunia adalahBridgette Jordan yang berketinggian 69.49 centimtre(dua kaki, tiga inci) yang berasal dari bandar Illinois Amerika Syarikat," kata Molloy.

Bridgette Jordon..Pemegang Rekod Guiness Sebelum Jyoti
Sumber: New Straits Times
kenapa harus kita membenci sesama sendiri???
Bukan kah setiap agama dan setiap kepercayaan itu tidak membenarkan kita membenci sesama sediri??? aku bukan jenis yg alim, ku juga bukan seorang yg kuat dalam nilai agama...tapi aku punya kepercayaan...ku percaya Tuhan itu ada disampingku, Tuhan selalu ada di saat aku memerlukan tuhan untuk mendorongku...walaupun aku sedar, aku seorang yang bedosa, seorang yg lemah tapi aku punya kekuatan yg tuhan berikan untuk aku turus berdiri...
Tuhan pernah berkata, " apa yang kita makan lebih baik daripada yg kita keluarkan" hope u can understand this meaning of word...ingat lah Tuhan itu Maha Pengampun, Maha Adil, dan Maha penyayang...kita memgampuni kesalahan org lain sepertimana tuhan mengampuni dosa kita... pecayala Tuhan itu ada Di sisi kita...
Amen...
Tuhan pernah berkata, " apa yang kita makan lebih baik daripada yg kita keluarkan" hope u can understand this meaning of word...ingat lah Tuhan itu Maha Pengampun, Maha Adil, dan Maha penyayang...kita memgampuni kesalahan org lain sepertimana tuhan mengampuni dosa kita... pecayala Tuhan itu ada Di sisi kita...
Amen...
Friday, December 16, 2011
Dah nak akhir semester ni...(My secret)
mesti korang tertanya tanya kan? knp sy suka pakai baju formal ? Lucas ni betul ke tak org ni???hahahahahha...hahahaha gua punya sebab itula gua pakai baju formal....ko ingat aku suka ke pakai baju formal time panas panas...? sy pun tak nak...hahahahaha.lebih baik sy guna tshirt mcm korang lg best.....cuma ada sesuatu yg sy sembunyikan dari korang...memandangkan dah akhir sem, bagus la sy britahu apa yg sy sembunyikan di sebalik baju formal yg sy guna....hahahahha....nak tau...bak sini sy tunjukan...sy dah tak kisah dah kalo korang tahu, ni akhir sem dah...sy tak plu risau apa apa lg...hahahahha
Sebab Gua anak Iban, Gua juga Punya Tatoo (Dragon)......
Sebab Gua anak Iban, Gua juga Punya Tatoo (Dragon)......
Cantik Kan????
X-Ray Orang Gemok Vs X-Ray Orang Kurus

Orang gemok ada yang tak ngaku gemok. Lepas tu guna alasan "Aku tak gemok.... tulang aku yang besar!". Adakah ini benar atau hanya mitos rekaan fetfak? Mari lihat
Wednesday, December 14, 2011
Hishammudin Cadang Anak Muda Yang Tak Tahan Pakai Kondom Ketika Bersetubuh - Selesaikan Masalah Buang Bayi.(hahaha)
MACAM DIBENARKAN LAA PULA.........PELIK KAN???


Baca tulisan Hishamudin Rais tentang masalah pembuangan bayi yang amat kritikal di negara kita. Hishammudin mencadangkan anak-anak muda yang tidak mampu menahan desakan testosteron yang membuak-buak agar menggunakan kondom bagi mengelakkan kelahiran anak luar nikah. Ini diperlukan selain daripada mendidik anak-anak muda tentang nikmat seks yang pasti akan disusuli dengan satu tanggung jawab yang besar menerima kelahiran anak.
Rumusannya cadangan Hishammudin tersebut bermakna kita perlu membenarkan mereka bersetubuh jika tidak mampu menahan diri, tetapi hendaklah memakai kondom. Ayat penting di sini adalah "membenarkan bersetubuh jika tak tahan".
Satu lagi jalan penyelesaian yang mudah yang mungkin perlu dibahaskan dan diperhatikan oleh Hishammudin adalah dengan mengizinkan mereka melakukan persetubuhan secara halal. Islam tidak melarang bersetubuh, jika ada keinginan dan ada pasangan yang sanggup menerimanya, silakan saja bersetubuh.
Tapi ada syaratnya, halalkan persetubuhan tersebut dengan berkahwin berikan mas kahwin sekadar yang mampu, akad nikah seringkas mungkin, dan silalah masuk ke bilik, bersetubuhlah dari petang hingga ke subuh.
Masalahnya perkahwinan sedang menjadi sesuatu yang prestige yang memerlukan kos yang tinggi. Ibu bapa pula meletakkan syarat-syarat yang ketat sebelum berkahwin, kononnya demi kesejahteraan anak-anak mereka. sedangkan dengan menyekat perkahwinan ia membawa padah yang mengundang kecelakaan.
Apasalahnya jika suka sama suka remaja perempuan berumur 17 berkahwin dengan remaja lelaki berumur 17 tahun, asal akil baligh dan terdesak, kahwin sajalah hal rezki, sama-sama usahakan, masyarakat, keluarga sama-sama membantu kehidupan mereka. Kalau tak mau anak lagi pakailah kondom semasa bersetubuh, asalkan dah kahwin tak ada siapa yang boleh menghalangnya.
Baca tulisannya di bawah:
Setiap kali saya membaca berita mayat bayi ditemui mati - air mata saya akan berlinang. Saya merasa begitu sedih kerana sebagai warga saya merasa sama bertanggung jawab terhadap tragedi ini. Saya merasakan kita semua sebagai warga wajib bertanggung jawab bersama di atas kematian bayi itu.
Kali pertama saya terbaca berita mayat bayi ditemui ialah pada tahun 1995. Ini hanya beberapa bulan setelah saya pulang ke Malaysia setelah tinggal di luar negara selama 20 tahun. Berita yang saya baca itu melaporkan bagaimana mayat bayi ini telah ditemui dalam bakul motorsikal di tempat letak motosikal di wilayah lapangan terbang Subang. Saya terperanjat besar kerana inilah kali pertama saya terbaca berita sedemikian.
Kemudian — selang beberapa bulan - saya terus membaca laporan berita mayat-mayat bayi yang ditemui mati. Ada yang dijumpai tertanam di tepi batang pisang, di dalam tandas, di tempat pembuangan sampah. Akhirnya saya tidak memiliki kesanggupan untuk membaca. Kalau saya ternampak laporan berita tentang janin atau bayi dalam akhbar saya akan menutup akhbar tersebut. Kali akhir saya terlihat gambar mayat bayi yang dibuang mati telah dihurung oleh semut. Saya hampir muntah melihat gambar ini. Saya hairan dan tidak faham apa tujuan akhbar ini memaparkan gambar ini.
Aduh! Apa yang sebenarnya sedang berlaku?
Saya sering menimbulkan persoalan ini. Dalam tulisan dan dalam forum-forum terbuka saya akan bertanya dan menimbulkan kisah-kisah bayi dibuang. Di forum-forum ini saya akan mendakwah untuk membawa pencerahan kepada warga agar dapat melihat kes bayi dibuang ini dari satu sudut yang berbeza.
Ketika ini saya melihat seolah-olah kita — warga dewasa dan pemimpin masyarakat — telah sampai ke jalan buntu apabila berhadapan dengan kes bayi dibuang. Malah kerana bayi dibuang mati sering dilaporkan maka kita semua telah menjadi lali. Berita sedemikian tidak lagi memeranjatkan kita semua.
Di forum terbuka secara sedar saya memanjangkan leher bersuara untuk mengajukan satu lagi cara memandang masalah yang sama. Saya bukanlah seorang pendakwah moral. Saya berdakwah dengan membuka surah tentang kematian James Bulger. Jimie - nama manja kanak-kanak yang baru berumur 3 tahun - telah dibunuh oleh dua orang kanak-kanak yang berumur 9 tahun. Tragedi pembunuhan kanak-kanak ini berlaku pada tahun 1993 di Liverpool England. Tragedi ini berlaku ketika itu saya masih lagi warga kota London.
Apabila berita tragedi ini dilapor media — bukan sahaja masyarakat Britain yang terperanjat, malah seluruh warga Eropah terkejut sama. Dari Stockholm hingga ke Sardinia warga Eropah tertanya-tanya. Persoalan muncul: Apa telah berlaku dalam masyarakat British? Dari mana kesilapan ini datang? Apa punca tragedi ini?
Apa yang menarik perhatian saya ketika itu ialah bagaimana satu tragedi ini telah memanggil semua anggota masyarakat untuk mengeluarkan pandangan dan pendapat. Para profesor kaji masyrakat, para akedemia, para agamawan, pekerja sosial, politikus, pemimpin masyarakat, ibu dan ayah — semuanya membincangkan tragedi kematian Jimie. Satu kematian anak kecil ini telah membuka mata setiap warga di Britain. Saya ulangi - hanya satu kes kematian - telah membuka mata seluruh negara.
Bagaimana pula sikap masyarakat Malaysia apabila berhadapan dengan tragedi bayi ditemui mati dibuang. Bukan seorang. Bukan dua. Bukan sepuluh. Jangan terperanjat apabila saya nyatakan statistik rasmi disini.
Dari 2000-2006 seramai 580 bayi telah dibuang. Dari awal tahun hingga bulan Ogos ini seramai 73 bayi telah dibuang. Ada yang dijumpai di tepi tong sampah, dalam tong sampah, tertanam dalam belukar dan ada yang ditemui di rumah kosong. Seramai 29 bayi yang dibuang ini telah ditemui hidup manakala 44 orang telah ditemui mati. Ini angka rasmi dari pihak polis sendiri.
Jangan terperanjat apabila saya berani menyatakan bahawa saya cukup yakin ibu bapa bayi-bayi tersebut pastilah dari anak muda dan gadis Melayu. Melayu yang saya maksudkan di sini pastilah beragama Islam. Bayi-bayi ini lahir dan kemudian dibuangkan adalah hasil dari hubungan seksual di luar nikah.
Justeru, kerana masyarakat terus menganggap bayi-bayi yang dibuang ini bayi Melayu maka yang awal bersuara ialah para agamawan kita. Untuk saya para agamawan ini hanyalah birokrat agama yang mungkin terdidik dalam bahasa Arab di Jordan atau di Mesir. Para birokrat agama ini hanya bersuara dengan membawa hujah-hujah moral. Lalu dijanjikan api neraka sebagai balasan kerana membuang anak yang tidak berdosa.
Para birokrat agama ini menggunakan api neraka, dosa dan pahala sebagai hujah dalam usaha untuk memadamkan keinginan seksual anak-anak muda. Saya menolak hujah moral sebagini. Hujah moral yang dijaja oleh para birokrat agama telah terbukti tidak membawa apa-apa makna kepada anak-anak muda yang testosterone sedang memuncak.
Saya berani berkata sedemikian kerana dari tahun 2008 — 2010 terdapat 152,000 apa yang dipanggil kelahiran anak di luar nikah. Ini adalah stastik rasmi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Angka ini menunjukan bahawa hujah moral telah tidak berjaya mengurangkan testosterone anak-anak muda yang baru belajar 'mengawan'.
Dari angka-angka ini saya menimbulkan persoalan kenapa hanya bayi Melayu sahaja yang dibuang? Kenapa hanya hanya anak gadis Melayu sahaja yang melahirkan anak di luar nikah. Apakah anak gadis Cina, anak muda India tidak memiliki keupayaan untuk bersenggama?
Saya menimbulkan persoalan ini kerana amat jelas tragedi pembuangan bayi ini rata-rata sedang melanda masyarakat Melayu/Islam. Pembuangan bayi ini adalah manifestasi kesakitan sosial yang sedang melanda masyarakat Melayu.
Cuba bayangkan 580 bayi dibuang mati. Jumlah ini sama dengan satu batalion askar Melayu DiRaja. Cuba bayangkan 73 orang bayi dibuang tahun ini. Jumlah ini sama dengan dua buah kelas darjah satu di Sekolah Kebangsaan Bangsar.
Kerana fakta di atas, saya telah menolak hujah moral. Sebagai ganti saya mengajukan bahawa telah sampai masanya kita menerima hakikat yang masyarakat Melyu tradisional sedang mengalami perubahan struktur sosial. Perubahan sosial masyarakat Melayu ini dibawa datang oleh perubahan asas ekonomi. Kalau dahulu Melayu tradisional bertani di kampong-kampong kini telah wujud generasi kedua Melayu yang hidup memburuh di dalam kota.
Perubahan struktur sosial yang dibawa oleh ekonomi ini juga telah membuka perhubungan sosial yang baru antara anggota masyarakat. Kalau dahulu jejaka dan gadis hanya bertemu ketika kenduri kedara. Gadis pingitan bertemu jejaka di hari perkahwinan hanya tinggal sebagai kisah yang lampau. Hari ini anak gadis dan sang jejaka bertemu siang dan malam.
Saya tidak menolak peranan agamawan tetapi jelas kelihatan pendekatan moral telah meleset dan gagal. Saya juga tidak menolak bahawa pandangan para agamawan ini berniat baik, jujur dan ikhlas. Tetapi di sini yang kita perlukan bukan nait baik atau kejujuran. Niat baik sahaja tidak akan memberhentikan anak —anak muda dari melakukan hubungan seksual.
Berahi seksual dialam remaja tidak hanya dapat dilentur dengan mandi air sejuk atau jampi serapah. Ianya memerlukan satu pendekatan baru. Kepul asap sebagai alat menghantar maklumat tidak mungkin mengatasi maklumat sms dari talipon bimbit.
Justeru, kita wajib berani melihat bayi yang dibuang ini sebagai tanggung jawab kita semua. Para agamawan tidak memonopoli kebenaran. Para politikus wajib lebih berani membuat keputusan. Para ilmuwan dari semua cabang ilmu wajib turut sama memberi pandangan dan pendapat. Tua dan muda wajib berbincang sama hal ini.
Saya yang mendakwah untuk membawa pencerahan mencadangkan anak anak muda kita diberitahu tentang nikmat hubungan seksual. Tidak perlu orang tua-tua — oldtai — berselindung dan cuba menafikan bahawa bersenggama itu memang seronok dan penuh nikmat. Tetapi anak anak muda juga wajib disedarkan bahawa hasil dari hubungan seksual itu memungkin melahirkan seorang insan.
Justeru kita akan memberi tabik hormat jika mereka memilih untuk tidak bersenggama. Tetapi kalau tekanan testosterone cukup merangsang saya mencadangan anak-anak muda menggunakan kondom. Untuk sementara waktu saya berpendapat hanya kondom yang akan dapat mengurangkan bayi dibuang mati. Saya juga berpendapat bahawa orang tua-tua telah kehilangan modal dan hujah untuk melunturkan kemudaan anak-anak muda.
Saya tidak mahu air mata saya terus berlinang membaca berita penemuan mayat bayi yang ditanam di belakang reban ayam. Masanya telah sampai untuk kita semua mendewasa dan bukan terus berselindung dibelakang tabir moral.
Subscribe to:
Posts (Atom)